Perincian Kart


KeteranganAmaun
Penghantaran (sila pilih destinasi)


Pelanggan Brunei, Singapura & Thailand,
kami alukan mengambil pakej di negeri M'sia
yang bersempadan. 1-3 hari bekerja terima.

GST 6% diserapkan dalam harga.
TOTAL:

Sila buat pilihan checkout anda.
Data persendirian tidak diperlukan. Mudah membuat pesanan.

Hantar Pesanan Anda

Perincian anda disini tidak akan dipamerkan.

Ketika ini pesanan dropship.
Sila masukkan perincian PENERIMA pakej disini.
Masukkan perincian anda sebagai AGEN diruang disediakan.
Terima kasih.

Ruang dibawah untuk maklumat AGEN sahaja.
Sila masukkan mesej anda disini.
Sesalinan pesanan telah dihantar ke alamat emel anda. Sila semak inbox anda. Terima Kasih.

Sabtu, Julai 11, 2015

Aktiviti Semasa Bulan Ramadan & Hari Raya 2015 di Dunia Tudung Artie Natasha

Bulan Ramadan 2015 amat bermakna buat kami seluruh warga kerja +Artie Natasha . Sebelum tibanya Hari Raya Aidilfitri, berbagai tingkat taraf telah berjaya dilaksanakan demi utnuk memenuhi permintaan fans & rakan niaga kami.

Dalam kesibukan Mega Sale Hari Raya 2015 di butik kami di Jalan Merbau & pusat borong Jalan Temenggong, pihak webmasters kami sempat meningkat taraf beberapa keperluan atas talian milik kami demi kelangsungan kami dalam memeartabatkan industri fesyen hijab di Malaysia.



Laman Web Baru

Kini laman web Artie Natasha berwajah baru & boleh beroperasi dari komputer riba sehinggalah ke telefon pintar (smart phone). Laman web kami menyediakan galeri penuh rekaan tudung terbaru & sebelumnya jenama Artie Natasha bagi kemudahan bukan sahaja peminat hijab, malah untuk rakan niaga, Artie Natasha Executives (dropshippers) & juga staf Artie Natasha sendiri.

Pengaktifan Channel Youtube Artie Natasha

Kini segala maklumat, bahan kongsi & juga tutorial pengayaan tudung terkini yang dihasilkan oleh kami di Artie Natasha boleh dilihat di Channel Youtube rasmi kami di www.youtube.com/c/artienatasha .

Berikut adalah trailer semasa Channel Youtube Artie Natasha. Trailer menggambarkan serba sedikit apa yang kami, sebagai pemilik jenama tudung Artie Natasha boleh membantu anda.



Laman Rasmi Butik Dunia Tudung Artie Natasha di Facebook

Akhirnya setelah berbulan-bulan lamanya, kini Fanpage Places Dunia Tudung Artie Natasha sudah dimiliki sepenuhnya secara rasminya di Facebook . Ini bermakna, segala kemaskini & postingan terbaru di laman fanpage tersebut datangnya dari pihak pengurusan Dunia Tudung Artie Natasha Jalan Merbau Kota Bharu Kelantan & bukannya dari pihak ketiga.

Secara berperingkat segala postingan yang berkenaan butik seperti stok produk, capaian stok terbaru, aktiviti semasa di butik (seperti sale & best buy) & pejabat Artie Natasha akan dikongsikan disini.

Manakala, di Fanpage Artie Natasha www.facebook.com/artie.natasha.butik  segala maklumat berkenaan rekaan tudung Artie Natasha, info tudung terkini, perkongsian tips fesyen hijab & dunia tudung semasa secara keseluruhannya akan dikongsikan.

Demi untuk membolehkan capaian fans kami secara segera di mana-mana laman sosial kendalian kami, mereka boleh juga membeli-belah secara online tudung kegemaran mereka dengan hanya menekan butang Shop Now pada laman Fanpage masing-masing.

Semoga ia memberikan lebih kemudahan buat semua peminat & rakan niaga di atas talian. Selamat berpuasa & sentiasa berjimat ketika berbelanja lebih-lebih lagi ketika musim perayaan.

0 Comments:

Catat Ulasan

Tutorial mudah memakai tudung instant/semi-instant kami boleh diperoleh di Channel Youtube Artie Natasha.

Panduan Status Produk

Berikut adalah panduan & keterangan berkenaan status produk:-


Penghantaran

Ketika ini kami di #artienatasha & #artienatashahijab menyediakan khidmat penghantaran seperti berikut:-

Semenanjung Malaysia

Sabah & Sarawak

Brunei, Singapura & Thailand

Lain-lain Negara

Kaedah Pesanan

  1. Membuat pesanan secara terus di laman web www.artienatasha.com atau menerusi aplikasi Whatsapp, Wechat, Facebook & sebagainya.
  2. Pihak kami akan hubungi anda untuk pengesahan, semakan stok serta menghantar imej produk yang dipesan tersebut.
  3. Perincian pesanan & kemaskini pembayaran akan disertakan.
  4. Anda membuat pembayaran.
  5. Produk anda dihantar melalui perkhidmatan penghantaran yang dipilih. Produk pesanan sampai ke anda dalam 1-3 hari bekerja.

Pesanan Borong

  1. Ketika ini pesanan borong hanya dikhaskan untuk ahli niaga berdaftar dengan www.artienatasha.com
  2. Pesanan borong adalah bagi jumlah produk melebihi 20 unit/desain tudung.
  3. Warna atau kombo warna produk adalah berdasarkan capaian stok semasa.
  4. Nyatakan warna atau kombo warna yang diperlukan (jika perlu).
  5. Penerimaan pembayaran sebelum 12 tengahari waktu bekerja Kelantan - penghantaran dilakukan pada hari sama.
  6. Penerimaan pembayaran selepas 2 petang waktu bekerja Kelantan - penghantaran dilakukan hari bekerja berikutnya.

Pesanan Dropship

  1. Ketika ini pesanan dropship hanya dikhaskan untuk ahli berdaftar dengan www.artienatasha.com
  2. Pesanan dropship boleh dilakukan laman web ini & atau melalui aplikasi Whatsapp Wechat Facebook & nyatakan warna atau kombo warna dipesan.
  3. Warna atau kombo warna produk adalah berdasarkan capaian stok semasa.
  4. Sila masukkan Nama Awal & Akhir Penerima, No. Telefon Penerima, Alamat Penghantaran Penerima berserta Poskod Penghantaran pelanggan anda. Masukkan butiran Agen seperti nama & nombor telefon diruang AGEN. Kemudian tekan butang serah.
  5. Penerimaan pembayaran sebelum 12 tengahari waktu bekerja Kelantan - penghantaran dilakukan pada hari sama.
  6. Penerimaan pembayaran selepas 2 petang waktu bekerja Kelantan - penghantaran dilakukan hari bekerja berikutnya.

Nota:
  1. Dengan menekan "Add to Cart" & "Hantar Pesanan" anda telah membaca & memahami segala keterangan yang tertera pada laman disediakan.
  2. Warna atau kombo warna produk adakala tidak sama dengan imej dibekalkan kerana faktor resolusi skrin, pencahayaan ketika pengambaran & sebagainya.