Perincian Kart


KeteranganAmaun
Penghantaran (sila pilih destinasi)


Pelanggan Brunei, Singapura & Thailand,
kami alukan mengambil pakej di negeri M'sia
yang bersempadan. 1-3 hari bekerja terima.

GST 6% diserapkan dalam harga.
TOTAL:

Sila buat pilihan checkout anda.
Data persendirian tidak diperlukan. Mudah membuat pesanan.

Hantar Pesanan Anda

Perincian anda disini tidak akan dipamerkan.

Ketika ini pesanan dropship.
Sila masukkan perincian PENERIMA pakej disini.
Masukkan perincian anda sebagai AGEN diruang disediakan.
Terima kasih.

Ruang dibawah untuk maklumat AGEN sahaja.
Sila masukkan mesej anda disini.
Sesalinan pesanan telah dihantar ke alamat emel anda. Sila semak inbox anda. Terima Kasih.

Sabtu, Jun 14, 2014

Hari Raya & Dunia Tudung Artie Natasha Jalan Merbau Kota Bharu

Hari Raya Aidilfitri 2014 ini kami di Artie Natasha sangat bersyukur kerana butik & bangunan baru +Dunia Tudung Artie Natasha, sebuah galeri & ruang pameran serta pejabat urusan jenama Tudung Artie Natasha, Tudung Natasha dan Tudung Bawal Artie telah dibuka.

tudung desain baru hari raya Artie Natasha Jalan Merbau KB

31 May 2014, secara rasminya galeri tudung terbesar di Jalan Merbau Kota Bharu Kelantan ini dibuka setiap hari dari jam 0930 pagi hingga 0930 malam (Jumaat tutup rehat 1230tgh-0230ptg).




Menampilkan lebih 5,000 helai rekaan desain/warna tudung di ruang sekitar 4,000 kaki persegi berhawa dingin, memberikan keselesaan untuk membeli belah tudung-tudung baru berjenama secara runcit mahupun borong.

Ruang letak kereta percuma & lokasi dipinggir bandar serta berhampiran kawasan pelancongan bandar Kota Bharu seperti Bazaar Tengku Anis, Laman Budaya Kota Bharu, Pasar Besar Khadijah, Masjid Muhamadiyah, menjadikan Dunia Tudung Artie Natasha sebagai pusat singgah pelancong yang datang dari seluruh negara ke bandar ini.

Tudung express, tudung bawal (bersulam tangan, mesin, kristal, berlian), tudung jari hantu, inner-magic, half-moon, tudung sekolah, shawl, selendang adalah antara ribuan koleksi tudung (headgear) boleh diperoleh oleh Muslimah moden di galeri ini.

Mengukuhkah industri tekstil negeri Kelantan serta memperkasakan seni tudung kontemporari negeri Che Siti Wan Kembang, Artie Fesyen Textile, sebagai peneraju jenama Tudung Natasha, Tudung Artie Natasha dan Tudung Artie (bawal) yakin dengan kerjasama erat rakan niaga dari seluruh negara & dibantu sokongan pengguna seluruh Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura & Thailand, tudung keluaran syarikat ini mampu terus bersaing di dalam pasaran dan terbukti sejak tahun 2007.

Dunia Tudung Artie Natasha yakin & akan terus membantu usahawan perniagaan tekstil (tudung) di seluruh negara dengan menyediakan harga borong luarbiasa bagi setiap koleksi tudung mereka. Para peniaga kini telah menikmati keuntungan jualan tudung berganda, kerana komitmen kami memberikan produk berkualiti, berjenama, rekaan terkini disamping berbagai perkhidmatan tambah nilai disediakan.

Semoga pengguna dan para usahawan semua mendapat manfaat terutamanya di musim hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha, untuk sentiasa memperoleh produk berjenama pada harga yang mampu milik khusus untuk wanita moden & berkerjaya.

Keterangan lanjut boleh hubungi 013-996 9433 (Zakaria-Jalan Merbau), 012-284 8781 (Asri-Jalan Temeggong) untuk keterangan lanjut produk tudung-tudung kami.

Layari kemaskini harian kami di https://www.facebook.com/artie.natasha.butik dan "LIKE" kami jika anda berkesempatan kesana.

Lagi berkenaan galeri tudung kami di Jalan Merbau di http://www.artienatasha.com/p/dunia-tudung-artie-natasha-dibuka.html

2 ulasan:

  1. Cantik-cantik design di sini. Bila ya saya berkesempatan untuk singgah ?

    BalasPadam
  2. Thanks kak +lynn.. Jika ke Kota Bharu singgah ler butik di Jalan Merbau... dekat sangat Pasar Besar Kadijah :-)

    BalasPadam

Tutorial mudah memakai tudung instant/semi-instant kami boleh diperoleh di Channel Youtube Artie Natasha.

Panduan Status Produk

Berikut adalah panduan & keterangan berkenaan status produk:-


Penghantaran

Ketika ini kami di #artienatasha & #artienatashahijab menyediakan khidmat penghantaran seperti berikut:-

Semenanjung Malaysia

Sabah & Sarawak

Brunei, Singapura & Thailand

Lain-lain Negara

Kaedah Pesanan

  1. Membuat pesanan secara terus di laman web www.artienatasha.com atau menerusi aplikasi Whatsapp, Wechat, Facebook & sebagainya.
  2. Pihak kami akan hubungi anda untuk pengesahan, semakan stok serta menghantar imej produk yang dipesan tersebut.
  3. Perincian pesanan & kemaskini pembayaran akan disertakan.
  4. Anda membuat pembayaran.
  5. Produk anda dihantar melalui perkhidmatan penghantaran yang dipilih. Produk pesanan sampai ke anda dalam 1-3 hari bekerja.

Pesanan Borong

  1. Ketika ini pesanan borong hanya dikhaskan untuk ahli niaga berdaftar dengan www.artienatasha.com
  2. Pesanan borong adalah bagi jumlah produk melebihi 20 unit/desain tudung.
  3. Warna atau kombo warna produk adalah berdasarkan capaian stok semasa.
  4. Nyatakan warna atau kombo warna yang diperlukan (jika perlu).
  5. Penerimaan pembayaran sebelum 12 tengahari waktu bekerja Kelantan - penghantaran dilakukan pada hari sama.
  6. Penerimaan pembayaran selepas 2 petang waktu bekerja Kelantan - penghantaran dilakukan hari bekerja berikutnya.

Pesanan Dropship

  1. Ketika ini pesanan dropship hanya dikhaskan untuk ahli berdaftar dengan www.artienatasha.com
  2. Pesanan dropship boleh dilakukan laman web ini & atau melalui aplikasi Whatsapp Wechat Facebook & nyatakan warna atau kombo warna dipesan.
  3. Warna atau kombo warna produk adalah berdasarkan capaian stok semasa.
  4. Sila masukkan Nama Awal & Akhir Penerima, No. Telefon Penerima, Alamat Penghantaran Penerima berserta Poskod Penghantaran pelanggan anda. Masukkan butiran Agen seperti nama & nombor telefon diruang AGEN. Kemudian tekan butang serah.
  5. Penerimaan pembayaran sebelum 12 tengahari waktu bekerja Kelantan - penghantaran dilakukan pada hari sama.
  6. Penerimaan pembayaran selepas 2 petang waktu bekerja Kelantan - penghantaran dilakukan hari bekerja berikutnya.

Nota:
  1. Dengan menekan "Add to Cart" & "Hantar Pesanan" anda telah membaca & memahami segala keterangan yang tertera pada laman disediakan.
  2. Warna atau kombo warna produk adakala tidak sama dengan imej dibekalkan kerana faktor resolusi skrin, pencahayaan ketika pengambaran & sebagainya.